“Assalamualaikum Salam Sejahtera, Khair Muflihin hadir untuk memberikan anda pengalaman wangian Arab yang autentik, mewah, dan tahan lama. Kami bawakan perfume Arab premium dengan harga mampu milik, sesuai untuk setiap individu yang ingin tampil elegan. Dengan servis mesra dan penghantaran pantas, kami sentiasa memastikan kepuasan anda adalah keutamaan kami. Jom harumkan hari anda bersama Khair Muflihin”.
Visi
1. Menjadi jenama utama yang dipercayai dalam pasaran perfume Arab di Malaysia, menawarkan produk berkualiti tinggi dan unik.
2. Mengharumkan kehidupan pelanggan dengan pilihan wangian Arab yang autentik, eksklusif, dan tahan lama.
3. Mencipta pengalaman elegan dan mewah melalui setiap botol perfume yang kami tawarkan.
Misi
1. Mengedarkan produk perfume Arab yang premium dengan harga berpatutan, menjadikan wangian eksklusif mampu dimiliki oleh semua.
2. Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang mesra, profesional, dan pantas untuk memenuhi keperluan pengguna.
3. Memperkasakan usahawan tempatan dengan peluang dropship dan pembekalan produk perfume Arab berkualiti.