Perfume Fake Berleluasa: Ketahui Bahayanya Sebelum Terlambat
Sekarang ni, tengah viral macam-macam jenis perfume dijual secara online. Dari yang katanya “inspired”, “original reject”, sampai yang claim wangi macam jenama mewah tapi harga tak sampai pun RM30. Masalahnya, ramai tak sedar… itu sebenarnya perfume fake.
Apa maksud perfume fake?
Ia bukan sekadar tiruan bau, tapi tiruan bahan juga. Maksudnya, bau tu cuba ditiru, tapi guna bahan murah dan kadangkala bahaya. Kalau nasib tak baik, boleh sebabkan kulit naik ruam, gatal-gatal, sakit kepala, atau lebih teruk, sesak nafas!
Kenapa perfume fake makin berleluasa?
Jawapan mudah – sebab permintaan tinggi. Ramai nak wangi, tapi nak harga murah. Penjual pula pandai main ayat, buat iklan meyakinkan. Packaging cantik, siap ada kotak dan botol mewah. Tapi isinya? Belum tentu selamat.
Bahaya perfume fake ni bukan main-main:
1. Bahan kimia berbahaya – Ada yang guna pelarut industri dan pewarna sintetik.
2. Gangguan pernafasan – Bau terlalu kuat, tajam, dan boleh buat kita pening.
3. Reaksi kulit – Ramai yang tak tahu mereka alergi, sampai kena pergi klinik.
4. Tak tahan lama – Sekali sembur, 10 minit je bau dah hilang. Rugi kan?
So, macam mana nak elak dari jadi mangsa?
– Jangan beli hanya sebab murah. Kalau terlalu murah, ada sebabnya.
– Semak label dan pembungkusan. Perfume asli biasanya ada kod, ejaan tepat, dan kualiti kemas.
– Beli dari penjual sah atau trusted. Jangan beli dari akaun yang baru sehari buat IG.
– Utamakan bahan semulajadi. Perfume Arab asli contohnya, banyak guna oud, kasturi dan bunga-bungaan semulajadi – bukan bahan kilang.
Kalau nak wangi, biar berbaloi dan selamat. Perfume bukan sekadar bau, tapi mencerminkan siapa kita. Pilihlah haruman yang berkualiti, tahan lama, dan mesra kesihatan.
Nak cari perfume yang asli dan eksklusif?
Jom cuba perfume Arab dari Khair Muflihin.
Wangiannya memikat, bahannya berkualiti, dan yang paling penting – selamat dipakai setiap hari. Jangan tunggu sampai kulit melepuh baru nak menyesal.