Pernah tak Anda beli perfume mahal-mahal, tapi bila pakai… tak wangi langsung? Atau baru sembur 5 minit, terus bau hilang? Rasa kecewa kan? Jangan risau, Anda bukan seorang saja yang alami benda ni.
Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa perfume yang kita pakai tak wangi atau tak tahan lama atas badan. Kadang-kadang bukan salah perfumenya pun, tapi ada faktor lain yang main peranan.
1. Jenis Kulit Anda
Kulit kita semua berbeza. Kalau Anda jenis kulit kering, perfume memang susah nak ‘melekat’ dan cepat hilang bau. Sebab tu orang yang kulit berminyak biasanya perfume dia tahan lebih lama. Nak atasi? Mudah je. Sebelum pakai perfume, sapu dulu losyen tanpa bau atau petroleum jelly di tempat yang nak sembur tu. Baru perfume ‘melekat’ elok!
2. Cara Anda Pakai Perfume
Ramai yang salah cara. Jangan sembur perfume kat baju semata-mata. Sembur terus pada kulit – kat nadi seperti pergelangan tangan, belakang telinga, leher dan dada. Tapi jangan gosok-gosok pulak lepas sembur! Itu boleh ‘rosakkan’ molekul bau dan sebabkan perfume tak tahan lama.
3. Hidung Dah Lali (Olfactory Fatigue)
Kadang Anda rasa tak wangi sebab hidung sendiri dah terbiasa dengan bau tu. Tapi orang lain masih boleh hidu dengan jelas. Ini normal. Jadi, jangan terus rasa perfume Anda tak berkesan. Cuba tanya orang sekeliling, bau perfume tu masih kuat ke tak.
4. Pilihan Perfume Kurang Sesuai
Perfume ni ada banyak jenis – ada yang ringan (body mist), ada yang tahan lama (parfum). Kalau Anda jenis aktif, cepat berpeluh, atau banyak bergerak, pakailah jenis yang lebih ‘pekat’ seperti Eau de Parfum atau Parfum Oil. Bau dia tahan lebih lama dan kuat berbanding body spray biasa.
5. Cuaca dan Aktiviti Harian
Cuaca panas, banyak berpeluh, semua tu boleh ‘ganggu’ bau perfume. Bila peluh bercampur dengan perfume, kadang bau dia jadi pelik atau terus hilang. Jadi, pakai perfume selepas mandi dan pastikan badan bersih.
Kesimpulannya, bukan perfume tak wangi, cuma kena tahu cara betul dan pilih perfume yang sesuai dengan badan Anda. Tak semua perfume sesuai dengan semua orang. Macam jodoh juga, kena try and error sikit.
Kalau Anda nak cuba perfume yang betul-betul ‘kena’ dengan cuaca Malaysia, tahan lama dan ada bau eksklusif macam Arab kaya-raya, boleh la try perfume dari Khair Muflihin. Bau dia bukan setakat sedap, tapi boleh buat orang tertanya-tanya, “Eh, siapa yang wangi sangat ni?”
Jom harumkan hari-hari Anda dengan perfume yang betul-betul kena dengan jiwa!